Monday, October 28, 2013

Tips mengenal pasti jantina burung hiasan




Kebanyakkan pemilik burung hiasan mempunyai masalah mengenal pasti jantina terutama jenis "lovebird", sun conure, rainbow lory, green cheeked conure dan lain-lain lagi. Cara yang terbaik bagi menentukan jantina setiap burung adalah DNA sexing dan surgical sexing. 

Ia dapat menentukan 99.999% jantina burung tersebut tetapi pengalaman saya DNA sexing boleh dibuat pada umur 5 bulan kerana bulu anak burung telahpun siap sepenuhnya. Kalau nak buat DNA test RM150/ekor (hantar ke Vet di India) .. kalau nak buat di UPM , tuan boleh hantar sendiri.

1) Tips pertama yang saya selalu praktikkan adalah mengenal pasti jarak di antara "Tulang Pelvic". Saya menggunakan jari telunjuk untuk menentukan jarak tulang dan juga ketajaman/ kekerasan tulang. Tulang Pelvic Burung betina adalah lebih luas dan lembik sedikit, manakala tulang punggung jantan lebik tajam, lebih keras dan semestinya lebih rapat di antara keduanya.

2) Tips kedua adalah cara memerhatikan dari segi kecantikkan dan rupa paras burung tersebut. selalunya burung betina ni tidak secantik burung jantan dan bentuk tubuh betina pun agak bulat dan gempal. Tubuh jantan hensome sikit. Warna pun agak berbeza di mana bulu burung betina agak kusam manakala jantan memang cantik berseri2..hehe.

3) Ada juga dikalangan sahabat saya melepaskan burung dalam kuantiti yang banyak di dalam satu aviary. Biar depa pi ngurat sendiri.

4) Kalau jenis cockateil dan budgie mudah nak kenal pasti jantina jenis tu..

Sekian. -Pak Teh Trading

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...