Friday, September 27, 2013

Tips membiak Budgie


Pasangan yang serasi

Jika anda hendak membiakkan Budgie, ini info berguna untuk anda. Sekadar berkongsi pengetahuan dan kalau ada yang kurang, sila-silalah tambah di ruangan komen.

1) Pasangan yang betul - pastikan jantina Budgie adalah betul..1 pasang..ada jantan ada betina..macam mana mahu kenal jantina Budgie..

Budgie jantan memiliki 'cere' iaitu isi di sekitar hidung yang berwarna biru manakala yang betina pula memiliki cere berwarna putih untuk yang muda. Keperangan untuk yang matang dan berwarna coklat untuk yang tengah dalam mood breeding tetapi harus diingat, tanda ini sah untuk Budgie berumur 1 tahun dan ke atas sahaja. 

Kalau yang muda masih boleh digunakan cuma tidak 100% tepat kerana warna cere pandai berubah. Almaklumlah Budgie masih lagi muda jadi ada konflik identiti, tu yang jadi macam tu. 

2) Umur - Budgie hendaklah berumur sekurangnya 1 tahun..tapi sebaiknya 2 tahun la..bukan apa..kalau di bawah umur 1 tahun..buat masa ini khasiat makanan masih lagi digunakan untuk tumbesaran badan Budgie itu sendiri..dikhuatiri nanti akan menyebabkan kurangnya nutrien dalam badan dan menyebabkan Budgie itu sakit dan mati..

3) Nestbox - tempat untuk betelur ini biasa diperbuat daripada plywood bersaiz paling kecil 6'' x 6'' x 6'' tapi lagi besar lagi bagus..tapi kalau mahu yang semulajadi pun boleh..gunakanlah sabut kelapa tua yang dibelah dua dan dibuang isinya..tempurung bawah dikekalkan..tapi tempurung atas bolehlah dibuang..ini untuk menambah keluasan lubang.. 

Penerangan lanjut mengenai jantina, umur dan nextbox ini akan dikongsi pada post akan datang..


Makanan yang pelbagai dan mencukupi

Makanan - yang banyak..sayur dan buah juga harus diberikan..jangan setakat bijirin (sekoi) semata..Budgie pun perlu khasiat..apa lagi kalau yang mahu bertelur..tulang sotong (cuttlebone) perlu disediakan setiap masa..ini untuk mengelakkan telur tidak keluar (egg binding)..boleh menyebabkan mati tu kalau telur tersekat dalam badan..dan air yang bersih perlu ditukar setiap hari..

4 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...