Monday, November 8, 2010

Burung Serindit

Burung Serindit (bahasa Inggeris) "Blue-crowned Hanging-Parrot") juga dikenali sebagai Burung Bayan Kecil merupakan salah satu daripada haiwan terlindung yang terdapat di Malaysia. Pemburuannya memerlukan lesen pemburuan. Nama sainsnya Loriculus galgulus.

Ciri-ciri

Burung Serindit ialah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan tubuh yang diselubungi bulu pelepah, dan paruh tanpa gigi. Burung Serindit adalah sejenis burung yang terdapat di dalam genus burung serindit Loriculus. Burung ini berukuran kecil, dengan panjang mencapai 12cm. Sebahagian besar bulunya berwarna hijau dengan bulu ekor berwarna merah.

Burung Serindit jantan dan betina mempunyai warna yang serupa. Burung Serindit jantan memiliki bercak kepala berwarna biru dan bercak tenggorokan berwarna merah. Burung Betina berwarna lebih kusam dibanding jantan.

Jantung burung ini terdiri daripada empat kamar seperti manusia. Kamar atas dikenali sebagai atrium, sementara kamar bawah dikenali sebagai ventrikel.


Taburan


Populasi Serindit tersebar di hutan dataran rendah, dari permukaan laut sampai ketinggian 1,300m di negara Malaysia, Brunei,Indonesia, Singapura dan Thailand.


Burung Serindit hidup berkelompok. Burung ini memiliki kebiasaan aktif memanjat dan berjalan daripada terbang. Ketika beristirahat, burung serindit menggantungkan badan ke bawah. Makanannya terdiri daripada sayuran hijau, buah-buahan, padi-padian dan aneka serangga kecil.


Pembiakan


Sebagai burung, Serindit membiak dengan cara bertelur. Telur yang dihasilkan mempunyai cangkerang keras di dalam sarang yang dibinanya.


Burung Serindik betina biasanya bertelur antara tiga hingga empat butir telur, dan mengeram selama 18 hingga 20 hari.


Spesies ini mempunyai daerah penyebaran yang luas dan mudah dilihat di habitatnya. Burung Serindit dinilai sebagai berisiko rendah di dalam IUCN Red List dan didaftarkan dalam CITES Appendix II.


sumber : Wikipedia

1 comment:

  1. mintak izin copy gambar http://just-a1nn.blogspot.com/

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...