Thursday, November 25, 2010

AquaFair Malaysia 2010

Date
25 - 28 Nov 2010
Time
10.00am - 6.00pm
Location
Admission
RM5 (Adult),
Children Below 12 & Senior Citizen - Free Of Charge
Phone
+603-275 5990 / 5636 1788
Websiteofficial website
CategoryExhibitions
AquaFair Malaysia 2010

Riding high on its success of 2008, Aquafair Malaysia 2010 will cover more than 5,000 sq meters of exhibition space and occupy two halls with more than 150 exhibitors including representations from 18 countries. The four-day long event is expected to draw in exhibitors, producers, traders and visitors from within and outside Malaysia. Make sure you are there.

Tuesday, November 23, 2010

Batalkan projek ikan arowana di Bukit Merah

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta kerajaan negeri Perak membatalkan projek ternakan ikan Arowana dekat Bukit Merah dalam daerah Kerian.

Kawasan sawah padi yang ditukarguna untuk ternakan Arowana ini perlu dibaikpulih dengan kadar segera.

NONE
Langkah itu wajar disegerakan kerana projek berkenaan bukan saja menjejaskan matlamat utama bekalan air Tasik Bukit Merah iaitu untuk penanaman padi dan kegunaan harian penduduk di daerah tersebut, malah perusahaan ini juga tidak mengikut peraturan serta undang-undang yang telah ditetapkan serta boleh mencemarkan alam sekitar.

Projek yang bermula sejak tahun 2000 itu, dalam skala kecil dengan tidak sampai 10 pengusaha, kini sedang diusahakan oleh 70 pengusaha yang melibatkan 143 hektar tanah sawah (355 ekar) dengan pembinaan sebanyak 3,808 buah kolam.

CAP kesal walaupun projek ini di peringkat awal pelaksanaannya dibantah oleh pesawah kerana menyebabkan kekurangan air untuk tanaman padi, namun tidak ada perhatian serius dan tindakan yang diambil oleh pihak berkenaan.

Lebih mendukacitakan lagi CAP mendapati projek yang boleh menjejaskan alam sekitar dan kehidupan penduduk tempatan ini dilakukan tanpa mengikut peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan.

NONE
Walaupun projek tersebut telah bermula sejak 10 tahun yang lalu namun masih ada lot-lot tanah sawah yang terlibat belum ditukar statusnya untuk industri akuakultur.

Pejabat Tanah Daerah Kerian hanya menghantar notis pelanggaran syarat tanah kepada para pengusaha terbabit tetapi tidak ada penguatkuasaan undang-undang yang dibuat bagi menutup kolam-kolam yang dibina.

Kawasan penanaman padi yang produktif di bawah Projek Kerian-Sungai Manik ini tidak sepatutnya ditukar guna untuk tujuan lain. Kami amat kesal kerana pihak berkuasa tidak mengambil tindakan walaupun syarat penggunaan tanah telah dilanggar.

Kenapa tiada penyelarasan dan tanggungjawab bersama di antara agensi untuk memastikan sumber makanan kita adalah terjamin?

Projek ini juga tidak dirujuk kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) bagi memastikan sama ada kajian kesan kepada alam sekitar (EIA) perlu dilakukan atau tidak.

NONE
CAP percaya dan merasa bimbang pembuangan sisa kolam ke dalam sistem saliran pertanian di daerah ini akan mencetuskan masalah alam sekitar serta pencemaran air yang serius pada masa akan datang.

Dalam tinjauan yang dibuat CAP difahamkan oleh petani-petani yang terlibat, kegiatan menyedut atau mengepam air dari saliran pertanian melalui Terusan Selinsing dan Terusan Bagan Serai di daerah ini terus dilakukan oleh pengusaha-pengusaha ternakan ikan Arowana di kawasan itu.

CAP dimaklumkan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kerian, akibat kegiatan mencuri air di sini yang berlaku secara berleluasa mereka gagal membenterasnya dengan berkesan.

Para pesawah terbabit mengadu kepada CAP bahawa berikutan masalah kekurangan bekalan yang berlaku pokok padi terencat pembesarannya, buah padi kurang berisi, serangan makhluk perosak dan ancaman rumput menjadi semakin serius dan hasil pendapatan mereka merosot secara mendadak.

NONE
Kajian JPS sehingga dari 15 Ogos hingga 26 Oktober 2010 menunjukkan takungan air di Tasik Bukit Merah menurun sebanyak 0.2 kaki sehari.

CAP berpendapat jika projek ini diteruskan masalah bekalan air sawah di kawasan ini akan menjadi lebih meruncing lagi pada masa akan datang terutama sekali pada musim kemarau jika paras air di tasik berkenaan berada pada tahap yang kritikal.

Air Tasik Bukit Merah bukan saja digunakan oleh lebih 10,000 pesawah daerah Kerian dan Seberang Perai Selatan Pulau Pinang yang melibatkan kawasan sawah seluas lebih 24,000 hektar, tetapi juga menjadi kegunaan harian 200,000 penduduk yang tinggal di Semanggol, Selinsing,Bagan Serai, Beriah,Parit Buntar,Tanjong Piandang dan Kuala Kurau.

CAP kesal dan hairan bagaimana Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan kerajaan negeri Perak, termasuk jabatan serta agensi berkaitan boleh membenarkan dan membiarkan perusahaan ternakan ikan Arowana ini beroperasi dengan sewenang-wenangnya.

Agensi seperti Pejabat Tanah, Jabatan Pertanian, JPS dan JAS perlu mengambil tindakan tegas berdasarkan peraturan dan undang-undang sedia ada.

CAP menegaskan, jika projek ini diteruskan tanah pertanian (sawah) akan terancam dan berkurangan, para petani di daerah ini akan terjejas kehidupan dan sumber pendapatan mereka, alam sekitar akan tercemar dan pengeluaran beras serta bekalan makanan termasuk ekonomi negara akan tergugat pada masa akan datang.

Apakah ikan hiasan ini lebih penting dari kehidupan petani dan makanan untuk rakyat pada masa akan datang?

Justeru itu CAP menggesa projek ternakan ikan Arowana di daerah Kerian dihentikan segera dan kawasan sawah padi dibaikpulih.

Penulis adalah presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP)

sumber : Malaysiakini.com

Wednesday, November 17, 2010

Seni ramalan kuno India

Oleh JAGATHESWARY NARAYANAN
n.jagatheswary@kosmo.com.my




RUMAH usang milik peniaga cettiar atau sering disebut ceti dalam bahasa Melayu itu mungkin jauh dari pandangan ramai kerana terletak di hujung deretan kedai di Jalan Lebuh Ampang, Kuala Lumpur. Bagaimanapun, pintu masuk rumah itu sering sibuk dengan kelibat warga kota yang lalu lalang. Sebabnya, mereka datang bukanlah untuk meminjam wang daripada ceti itu yang lazimnya diketahui sebagai peminjam wang.

Ironinya, kunjungan bersifat peribadi itu adalah untuk berjumpa dengan Manivanan Thuraisamy yang kebetulan menyewa sebuah bilik di rumah lama tersebut. Ada yang menunggu berjam-jam lamanya untuk bertemu dengan lelaki berusia 46 tahun itu. Apakah istimewa Manivanan?

Sebenarnya, Manivanan yang berasal dari wilayah Erode, Tamil Nadu, India itu merupakan seorang tukang tilik nasib. Dia berhijrah ke jalan yang sudah menjadi tumpuan kebanyakan peniaga India itu kira-kira 12 tahun lalu untuk menambah punca pendapatan melalui tilikan nasibnya.

Berbeza daripada tukang tilik sedia ada, cara menilik nasib Manivanan memang aneh dan unik. Ini kerana, seekor burung serindit digunakan sebagai alat untuk menilik nasib para pelanggannya. Sungguhpun ia mungkin sukar dipercayai ramai pada zaman serba canggih dan moden ini, namun realiti membuktikan bahawa kepercayaan seperti itu masih kekal diamalkan terutama dalam budaya masyarakat India sehingga hari ini.

Saban hari seawal pukul 10 pagi, lelaki yang lebih manis dengan panggilan Mani itu, sudah pun membuka medan menilik nasib para pelanggannya di kaki lima rumah ceti itu. Lantai dipasang mozek bercorak flora dialas dengan suratkhabar lama sebelum disusun dengan peralatan tilik nasib. Antaranya, peti sangkar kayu, susunan kad-kad tilik nasib, beberapa buah buku tilik nasib dan bijian mutiara.

Kemudian, para pelanggan yang menunggu lama itu, menyusur duduk seorang demi seorang untuk melihat dan mendengar sendiri tilikan nasib mereka daripada Mani. Sebelum itu, Mani juga melakukan upacara ritual yang ringkas seperti membakar colok dan memuja gambar dewa-dewi yang ditampal pada permukaan atas sangkar kayu itu. Ia kepercayaan untuk melancarkan perniagaannya pada pagi itu.

"Padaiyappah, sila ambil satu kad yang bagus kepada nama Sugumaran yang berumur 46 tahun ini," demikian arahan lembut Mani dalam bahasa Tamil kepada burung serindit yang berada dalam sangkar itu. Sugumaran Shanmugam, 46, adalah pelanggan pertama Mani pagi itu yang sanggup datang dari Damansara, Selangor untuk berjumpa tukang tilik tersebut.

SEJUMLAH 29 keping kad digunakan dalam amalan tilikan nasib burung serindit.


Sejurus terdengar panggilan tuannya, burung rona hijau muda yang mendapat nama manja sempena sebuah filem Tamil yang popular, lalu keluar untuk memilih kad-kad disusun rapi di hadapan sangkar tersebut.

Burung kecil dengan panjang hanya mencapai 12 sentimeter itu bijak menuruti kata-kata Mani dan mencapai sekeping kad secara rawak lalu memberi kepada tuannya. Seterusnya, Mani turut bertanya dalam bahasa Tamil, "Kad ini untuk Sugumaran, adakah ia membawa tuah kepadanya?"

Sebagai tanda bersetuju, Padaiyappah mengeluarkan bunyi sebanyak tiga kali secara spontan.

Mewarisi kerjaya keluarga

Kata Mani, Padaiyappah tidak akan mengeluarkan bunyi jikalau kad tersebut tidak sesuai untuk orang itu. Maka ia akan membuat pemilihan sekali lagi. Kad berwarna hijau dilipat tiga itu kemudian dibuka dan ditunjukkan kepada Sugumaran yang sebenarnya tidak sabar untuk melihatnya. Pada hari itu, kad hijau yang dicetak gambar Dewi Lakshmi terpilih untuk menentukan nasibnya.

Berpandukan nombor yang tercatat di atas permukaan kad tersebut iaitu 25, Mani mula membaca nasib pelanggannya mengikut sebuah buku khas yang disimpan di tepi sangkar burung itu. Buku khas tersebut sebenarnya mengandungi penerangan tentang nombor 25 tetapi dalam bentuk lagu-lagu berunsur mantera.

Menurut Mani, sejumlah 28 keping kad selalunya digunakan dalam amalan tilikan nasib burung serindit. Kesemua kad berkenaan dicetak dengan gambar-gambar dewa-dewi antaranya Ganesha, Muruga, Vishnu, Siva, Lakshmi dan Saraswathy. Walau bagaimanapun, bukan gambar-gambar tersebut akan menentukan nasib seseorang, sebaliknya urutan nombor daripada satu hingga 28 yang tertera pada permukaan kad itu.

"Sememangnya, budaya masyarakat India sejak dahulu lagi amat mempercayai unsur nombor dalam kehidupan mereka. Segala perkara, sama ada upacara ritual ataupun adat semuanya diadakan mengikut masa, tarikh dan bintang yang sesuai untuk seseorang, supaya apa yang dilakukan membawa tuah kepadanya.

SELAIN tilikan nasib serindit Mani turut menjalankan tilikan nasib tapak tangan dan menggunakan bijian mutiara.


"Dalam bidang tilikan nasib keseluruhan proses itu melibatkan nombor genap ataupun ganjil. Misalnya, dalam kad-kad ini juga ia bermula dengan nombor satu dan berakhir dalam angka ganjil," ujar lelaki yang mempelajari ilmu tilikan nasib itu daripada bapa dan datuknya di India yang melakukan kerjaya tersebut sejak turun-temurun lagi.

Ujar bapa kepada dua anak itu, lagu-lagu yang tertulis dalam bahasa Tamil klasik dalam buku itu selain menerang nasib baik dan buruk seseorang, ia juga pada masa yang sama menyenaraikan sifat orang yang ditilik tersebut. Pada pagi itu, mengikut penerangan buku itu, nasib Sugumaran boleh dianggap sarat dengan pahit dan manis.

Dia juga diminta supaya berwaspada dalam setiap langkah yang dibuat manakala dari segi kewangan dan peluang baru memang cerah.

Sementara itu, Sugumaran yang merupakan antara pelanggan tetap tukang tilik berkenaan berkunjung ke rumah itu kira-kira 15 kali dalam sebulan. Baginya tilikan nasib Mani memang benar dan 80 peratus boleh dipercayai. Jikalau dia ingin melakukan apa-apa perkara penting untuk keluarga dan kerjaya selalunya dia menilik nasib terlebih dahulu supaya segalanya terlaksana dengan sempurna.

Lima tahun yang lalu, dia yang bekerja sebagai pekerja kontraktor secara kebetulan menilik nasib dengan Mani apabila berkunjung ke Jalan Lebuh Ampang untuk urusan membeli-belah. Sejak itu, dia semakin terpengaruh dengan amalan tilikan nasib kerana ia memberi kepuasan kepada dirinya dan memberi amaran sihat secara tidak langsung.

"Saya juga rasa lega dan tenang apabila meluahkan perasaan serta masalah yang terpendam dalam jiwa kepada Mani. Dia juga turut memberi nasihat dan penyelesaian untuk masalah itu," tambahnya bahawa harga yang dikenakan untuk menilik nasib itu murah dan boleh dipercayai.

Dalam pada itu, Mani pula memberitahu sungguh pun ramai yang curiga dan kurang yakin dengan tilikan nasib burung serindit, namun apabila seseorang mempercayainya secara ikhlas memang ia membantu meningkatkan taraf kehidupan, kewangan serta kesihatan.

Keistimewaan serindit

Bercerita mengenai burung serindit yang comel itu, ujar Mani burung berkenaan dibelinya daripada seorang kawan di India yang menjalankan perniagaan melatih burung serindit untuk tujuan tilikan nasib.

PADAIYAPPAH mengeluarkan bunyi sebanyak tiga kali secara spontan apabila kad tersebut sesuai untuk seseorang.


Mengapa burung serindit? Jawabnya, burung itu adalah salah satu unsur keagamaan yang berada bersama Dewi Meenakshi di Kuil Meenakshi, Madurai, India yang dianggap istimewa kepada seluruh penganut agama Hindu. Proses penjagaan burung itu juga mudah dan selalunya burung jantan digunakan untuk tujuan tilikan nasib. Dari segi makanan, Padaiyappah diberi santapan padi dan cili.

Sungguh pun, jumlah tukang tilik nasib burung serindit di negara ini amat kecil dan boleh dikatakan didominasi sepenuhnya oleh warga India, namun Mani mengakui oleh kerana masih ada orang tempatan mempercayai tilikan kuno itu, maka dia mampu menjana pendapatan mencecah RM1,000 setiap bulan.

Selain tilikan nasib burung serindit, Mani turut menjalankan tilikan nasib tapak tangan dan menggunakan bijian mutiara. Harga semua perkhidmatannya pula, bermula dari RM3 sehingga RM8 sahaja.

Pada pertemuan Kosmo! bersama Mani, penulis dan jurugambar tidak ketinggalan juga menilik nasib masing-masing yang dikatakan baik dari segi kewangan serta kerjaya.

sumber : Kosmo! Online

Wednesday, November 10, 2010

Pemakanan Ikan Pelaga

Ikan pelaga mempunyai muncung mulut menghala ke arah atas, satu ciri ikan karnivora yang makan di permukaan air.

Dalam paya, ikan pelaga memakan zooplankton, jentik-jentik, cengkerik, dan belalang. Ikan pelaga yang mempunyai makanan yang cukup mempunyai warna yang lebih terang serta pulih dengan lebih cepat jika cedera ketika berlaga.

Lazimnya ikan pelaga diberi makan pelet yang mengandungi udang, isi ikan, bloodworm, dan vitamin. Ikan pelaga boleh juga diberi makan bloodworm (hidup atau telah dibekukan), udang baring , artemia atau dafnia.

Untuk bekalkan serat, ada orang memberi ikan pelaga mereka memakan sayur berprotin seperti kacang soya, jagung, brokoli, atau lobak yang digilis lumat. Untuk maklumat lanjut tentang pemakanan ikan pelaga, hubungi breeder En Fuad di talian 09 8585760.

Monday, November 8, 2010

Blue Crowned Hanging Parrot

Blue crowned hanging parrot are interesting and fun to watch. In Malaysia, blue crown hanging parrot is still abundan and we can easily hear their voices (eventhough it is difficult to see them). Local will call them as 'Burung Serindit'. They are lively bird that will make use of all areas of the avairy if we keep them. They like to fly but enjoy climbing and scrambling.

Breeding: Breeding hanging parrot is not too difficult (based on one of the member ofMalaysia Bird Forum which had successfully breed the blue crowned hanging parrot in captivity. However, as far as I know, there are still no commercial breeder which breed blue crowned haning parrot in large scale in malaysia.

Sexing : Sexing blue crowned hanging parrot is very easy. The matured bird will have different colour between male and female bird. The male bird will have blue colour on their head (which is why they are called blue crown) and red mark on their throats. However, the female will only green.

Burung Serindit

Burung Serindit (bahasa Inggeris) "Blue-crowned Hanging-Parrot") juga dikenali sebagai Burung Bayan Kecil merupakan salah satu daripada haiwan terlindung yang terdapat di Malaysia. Pemburuannya memerlukan lesen pemburuan. Nama sainsnya Loriculus galgulus.

Ciri-ciri

Burung Serindit ialah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan tubuh yang diselubungi bulu pelepah, dan paruh tanpa gigi. Burung Serindit adalah sejenis burung yang terdapat di dalam genus burung serindit Loriculus. Burung ini berukuran kecil, dengan panjang mencapai 12cm. Sebahagian besar bulunya berwarna hijau dengan bulu ekor berwarna merah.

Burung Serindit jantan dan betina mempunyai warna yang serupa. Burung Serindit jantan memiliki bercak kepala berwarna biru dan bercak tenggorokan berwarna merah. Burung Betina berwarna lebih kusam dibanding jantan.

Jantung burung ini terdiri daripada empat kamar seperti manusia. Kamar atas dikenali sebagai atrium, sementara kamar bawah dikenali sebagai ventrikel.


Taburan


Populasi Serindit tersebar di hutan dataran rendah, dari permukaan laut sampai ketinggian 1,300m di negara Malaysia, Brunei,Indonesia, Singapura dan Thailand.


Burung Serindit hidup berkelompok. Burung ini memiliki kebiasaan aktif memanjat dan berjalan daripada terbang. Ketika beristirahat, burung serindit menggantungkan badan ke bawah. Makanannya terdiri daripada sayuran hijau, buah-buahan, padi-padian dan aneka serangga kecil.


Pembiakan


Sebagai burung, Serindit membiak dengan cara bertelur. Telur yang dihasilkan mempunyai cangkerang keras di dalam sarang yang dibinanya.


Burung Serindik betina biasanya bertelur antara tiga hingga empat butir telur, dan mengeram selama 18 hingga 20 hari.


Spesies ini mempunyai daerah penyebaran yang luas dan mudah dilihat di habitatnya. Burung Serindit dinilai sebagai berisiko rendah di dalam IUCN Red List dan didaftarkan dalam CITES Appendix II.


sumber : Wikipedia

Friday, November 5, 2010

Cara bernafas Ikan Pelaga

Ikan pelaga, sama seperti ikan lain mempunyai insang. Ia dapat menapis oksigen dalam air. Walaupun begitu, ikan pelaga juga mempunyai organ yang dikenali sebagai organ labyrinth iaitu tulang dari insang baris pertama mempunyai salur vascular tambahan.

Ini membolehkan ikan pelaga mengambil oksiden terus dari udara. Sebab itulah anda dapat lihat ikan pelaga berenang ke permukaan untuk mengambil udara.

Organ labyrinth membantu ikan pelaga menyerap oksigen dari udara terus ke dalam salur darah. Ini membolehkan ikan pelaga tahan jika ia dikeluarkan dari air untuk beberapa ketika. Ikan yang tidak dapat berenang ke permukaan akan mati lemas. Organ labyrinth hanya berfungsi apabila ikan besar. Benih ikan (fry) bernafas sepenuhnya menggunakan insang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...