Tuesday, May 25, 2010

Malaysian Golden Arowana needs patent

Written by sham on April 13, 2010
.
Considered as the most precious among ornamental arowana species in the world, the Malaysian Golden needs its identity to be protected.
.
This is the sentiment echoed by the North Malaysia Arowana Farmers Association (NMAFA) as now, the Malaysian Golden is being referred to by a variety of names. The species is sometimes called Golden Crossback, or simply High Crossback when traded overseas.
.
The main concern of the farmers association is the word Malaysia that goes missing in the fish name, and may finally be totally forgotten in future.
.
According to association secretary, Sahibol Anwar Arba é, the problem happens when foreigners trade the fish abroad or when it was bred outside the country.
.
“When foreign customers refer the fish with names other than the Malaysian Golden, we try to educate them that the fish is a Malaysian thoroughbred, no matter where they acquire it.
.
“Some even argue that they bought their fish from breeders in Singapore or traders in Taiwan, so it couldn’t be Malaysian. Therefore, we counter them by saying it is more often than not a Malaysian Golden is hatched in Malaysia, and probably here at Bukit Merah.
.
“The simplest way to know is to scan the chip implanted in the fish,” Sahibol Anwar revealed to
PerakNews.com at his arowana breeding complex at Tebuk Panchor, near Bukit Merah dam, Semanggol.
.
The area is ideal for Malaysian Golden specie because it is within its natural habitat.
.
The association, Sahibol Anwar said, had brought the matter up to the Minister of Agriculture, Datuk Seri Noh Omar and the Director General of Fisheries Department, Datuk Junaidi Che Ayub.
.
As secretary, he had suggested to the officials that the name Malaysian Golden be made a trademark when they officially visited the Bukit Merah arowana breeding area last December.
.
So far, no official statement on the issue has been made except from Perak Chief Minister Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir who said recently that the recommendation from the association is a good idea.
.
He also assured that the Fisheries Department is taking steps to mend the situation.
.
“I was told by the Fisheries Department that not only are they working towards making the name Malaysian Golden a trademark, but also on patenting the breed,” Dr Zambry said recently.
.
Since proving the arowana farming to be a lucrative industry, Sahibul Anwar said he came across reports of unscrupulous people who are taking advantage of the uninitiated.
.
The chief executive officer of MU Arowana Aquaculture urged the public to be wary of bogus arowana investment plans.
.
“We advise the public to go direct to the farmers if they are really interested in investing on arowana. We don’t appoint any agent to collect money because deposit taking is illegal.
.
“The system that we use at MU is profit sharing which is very transparent and not against any law. An investor buys an adult female that is worth RM18,000 each and keep it here for breeding.
.
“When her fries enter the market, the profit is split 50:50. Mind you, a three-inch Malaysian Golden fry is currently RM1,600,” Sahibol Anwar said and further added that each female arowana could lay up to more than fifty fries at a time.
.
According to him, all deals that investors do with MU are legally binding and contracts are drawn to protect both parties.
.
Sahibol Anwar said arowana could bring good investment benefits because demand outstrips supply.
.
As an example, he cited China where the combined production of Malaysia, Singapore and Indonesia; the only locations that could breed the fish economically; could only fill 60 per cent of the country’s needs for the ornamental fish.
.
So popular is the venture now, there are 64 arowana farmers at Bukit Merah registered with the Fisheries Department.
.
Up to 80 per cent or about 360 acres of the total 450-acre specialised zone are already utilised to facilitate breeding ponds for the fishes.
.
With about 90 or so acres left at the specialised zone, perhaps the only way to benefit from the lucrative arowana farming is investing in the profit sharing scheme offered by established farmers at Bukit Merah.
.

Industri Ikan Perhiasan Dijangka Cecah Pengeluaran 800 Juta, Menjelang 2010

SERDANG, 16 Ogos (Bernama) -- Industri ikan perhiasan Malaysia dijangka mampu mencapai sasaran pengeluaran tahunan sebanyak 800 juta ekor ikan dengan hasil pulangan eksport RM300 juta menjelang 2010.

Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia Datuk Junaidi Che Ayob berkata industri ikan perhiasan tempatan sekarang begitu pesat membangun dan mempunyai potensi untuk dimajukan.

"Kita sekarang adalah pengeluar kedua terbesar dunia bagi ikan perhiasan," katanya semasa melancarkan pameran AQUAFAIR Malaysia 2008 di sini Sabtu.

Malaysia kini membiak lebih 250 spesies ikan perhiasan, meliputi lebih 550 jenis ikan tempatan dan eksotik, bagi pasaran tempatan dan antarabangsa dengan lebih 90 peratus daripada jumlah pengeluaran dieksport ke lebih 30 negara, katanya.

Beliau berkata ikan perhiasan merupakan produk bernilai tinggi dengan kitaran pengeluaran yang singkat, iaitu tidak lebih tiga bulan, membolehkan penternak mengharapkan margin keuntungan antara 40 dan 50 peratus," katanya.

AQUAFAIR Malaysia 2008 ialah acara dwitahunan kedua anjuran Jabatan Perikanan Malaysia. Pameran selama empat hari itu dijadualkan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dari 20 hingga 23 Nov ini.

-- BERNAMA

Peluang bisnes di ebay

Video Panduan eBay

Thursday, May 20, 2010

Betta mating video

Ekor kembang tiga kali ganda

Oleh ADHAM SHADAN
.
Meskipun hidup tanpa teman, ikan laga mampu menghiburkan dirinya dengan mengembangkan ekor dan insangnya.
.
Kebolehan ikan laga menyesuaikan diri hidup sendirian merupakan antara faktor mengapa anak muda dari Ipoh, Perak ini menggemari haiwan tersebut.
.
Meminati ikan laga sejak kecil, Mohamad Shakirinal Amin Zolkarnain, 22, mengakui ikan laga adalah istimewa.
.
"Saya suka lihat cara hidupnya. Ikan laga boleh hidup sendirian tanpa berasa bosan dengan cara menghiburkan diri sendiri. Ia akan menghiburkan dirinya dengan mengembangkan ekor dan insangnya. Ikan ini memang istimewa," kata Shakirinal kepada GenK menerusi perbualan telefon di Kuala Lumpur baru-baru ini. Menurutnya, ikan laga boleh mengembangkan ekornya tiga kali ganda lebih besar daripada saiz asalnya.
.
"Tabiat semula jadi ikan ini adalah 'pantang' bertemu dengan ikan laga yang lain. Jika bertemu, pasti ikan-ikan laga ini akan bergaduh sesama sendiri. Sebab itulah, ikan laga terpaksa hidup sendirian," tambahnya sambil menjelaskan ikan-ikan laga betina bagaimanapun boleh hidup secara berkoloni.
.
Memiliki lima ekor ikan laga pada masa ini, Shakirinal berkata, dia pernah memelihara 20 ekor laga dalam satu masa.
.
"Ada antaranya telah saya lepaskan ke tasik dan ada yang mati memandangkan ikan jenis ini hidup tidak lama. Biasanya, jangka hayatnya tidak sampai empat tahun," katanya sambil menjelaskan, dia mula menggemari ikan laga dan memeliharanya sejak berumur lima tahun.
.
Namun ketika itu, dia yang masih kanak-kanak tidak begitu pandai memelihara ikan laga dan hobi itu terpaksa dihentikan. Apabila Shakirinal berusia 18 tahun, barulah hobi itu disambung semula iaitu ketika dia belajar di sebuah politeknik.
.
Satu lagi daya tarikan ikan laga adalah ia cantik dan boleh didapati dalam pelbagai warna seperti biru, pic, merah, kuning, ungu dan macam-macam lagi.
.
"Ada sesetengah pemelihara yang bijak akan mengkacukkan haiwan ini sebagai salah satu cara eksperimentasi bagi mendapatkan pelbagai warna ikan.
.
"Sebenarnya, warna ikan ini juga dipengaruhi oleh persekitaran. Warnanya yang cantik boleh pudar dan hilang kalau ia mengalami tekanan. Itu sebabnya, pengetahuan tentang ikan ini penting jika seseorang mahu memeliharanya," katanya sambil menjelaskan ikan laga boleh mengalami tekanan disebabkan air di dalam bekas peliharaannya kotor.
.
Bercerita tentang bagaimana ikan tersebut dikacukkan memandangkan ia 'pantang' bertemu ikan laga yang lain, Shakirinal berkata, ikan laga betina yang diletakkan di dalam satu bekas akan di masukkan ke dalam akuarium ikan laga jantan. Jadi, ikan laga jantan hanya boleh melihatnya tetapi tidak boleh mendekatinya.
.
"Tinggalkan ia begitu selama sehari. Esoknya, ambil bekas yang mengisi ikan laga betina dan keluarkannya. Pada mulanya, anda akan lihat ikan-ikan itu seperti bergaduh tetapi selepas itu, mereka akan melakukan hubungan. Apabila ikan laga betina selesai bertelur, pindahkan ikan itu ke bekasnya sebelum ikan laga jantan menyerangnya," kata Shakirinal sambil menjelaskan ikan laga jantan akan memelihara telur sehingga menetas.
.
Katanya, apabila menetas, ikan laga jantan akan dipindahkan ke dalam bekas atau balang yang lain.
.
"Ikan laga betina dan anak-anak ikan laga yang masih kecil boleh tinggal bersama," jelasnya ringkas.
.
Selain itu, katanya, beliau memelihara ikan laganya di dalam akuarium kecil atau balang dan memberinya makan guppy (makanan khas untuk ikan laga) empat kali sehari. Kalau di habitat asalnya, ikan laga gemar makan lumut dan apa sahaja hidupan kecil di dalam air.
.
Mengenai kebersihan, Shakirinal akan mencuci tempat tinggal ikan laga peliharaannya sekali dalam dua hari. "Tetapi, kalau kita tinggalkan rumah selama 10 hari, ikan ini masih boleh hidup," ujarnya yang memberitahu harga ikan laga adalah antara RM3 hingga RM6 seekor.
.
Namun begitu, sejak tiga bulan lalu, Shakirinal terpaksa berpisah dengan ikan-ikan laganya apabila mula bekerja di Kuala Lumpur.
.
"Apabila rindu, saya akan balik ke kampung untuk melihat ikan-ikan laga saya," katanya yang meminta bantuan abangnya untuk menjaga ikan-ikannya itu.
.

Thursday, May 13, 2010

Rebut Pasaran Industri Ikan Hiasan Dunia

22 Mac 2010: Industri akuakultur telah berkembang dengan pesat dan industri ini di kenal pasti sebagai salah satu komoditi dan bidang usaha yang diberi keutamaan selaras dengan pengumuman PM, Datuk Najib Tun Razak.
.
Industri yang semakin popular ini memberi peluang kepada pengusaha-pengusaha yang terlibat untuk mendalami teknik-teknik dan kaedah-kaedah habitat asal ini dipulihara dengan lebih sistematik melalui seminar yang dianjurkan oleh Jabatan Perikanan Negeri Johor.
.
Seminar ini dirasmikan oleh Aziz Kaprawi, Exco Pertanian dan IAT. Turut bersama beliau Tn. Hj. Raihan, Pengarah K.C. Biosekuriti Jab. Perikanan Putrajaya, En. Hamid Yasin, Pengarah Perikanan N. Johor dan En. Chong Ming Sing, Pengerusi Persatuan Penternak Ikan Hiasan N. Johor.
.
Kata beliau, pengusaha-pengusaha adalah memainkan peranan yang penting dan berpotensi menjana keuntungan lumayan. Ini kerana di dalam negara industri ikan hiasan di Negeri Johor merupakan pengeluar utama.
.
Tambah beliau, permintaan dunia dijangka meningkat dan pasaran domestik perlu di kembangkan melalui promosi dan galakan untuk memelihara ikan hiasan di kalangan rakyat oleh kerajaan. Di samping itu, penternak ikan hiasan perlu mengikut standard keperluan Europena Union (E.U) bagi membolehkan ikan-ikan hiasan dalam negara boleh di eksport ke negara-negara Eropah.
.
Oleh itu katanya, langkah-langkah dan strategi pasaran baru perlu dicari seperti pasaran di Thailand, China dan Taiwan yang mempunyai potensi yang baik untuk ikan hiasan.
.
Tiga faktor penting kejayaan dalam industri ini iaitu logistik, produk dan pemasaran. Pada masa yang sama, kerajaan akan meningkatkan program penyelidikan dan pembangunan (R & D) dalam bidang akuakultur dan perikanan air tawar. Selain itu, pembangunan sumber manusia yang berkesan dan sistem maklumat yang cekap dan berkesan adalah tonggak kepada kejayaan.

Saturday, May 8, 2010

Ikan laga janjikan pulangan lumayan

.
MEMANG agak pelik apabila mengetahui ada golongan wanita yang begitu berminat dengan ikan hiasanapatah lagi ikan itu pula adalah dari spesies BettaSplenden atau lebih dikenali sebagai ikan laga. Namun bagi Mariyati Abdullah, 54, dunia ikan hiasan bukan hak mutlak lelaki semata-mata malah beliau membuktikan lebih jauh lagi apabila menukarkan minatnya itu kepada sebuah perniagaan yang menguntungkan.
.
Membuka cerita ketika berkunjung ke kediamannya yang turut dijadikan kawasan penternakan ikan laga, Mariyati berkata, segala-galanya bermula daripada hobinya yang gemar membela ikan laga di rumah seperti kebanyakan orang. Hobinya itu juga telah mendorong beliau membeli lima pasang ikan laga dari Thailand yang kemudiannya membuka jalan kepadanya untuk menceburi dunia perniagaan dengan lebih serius.
.
Baka-baka ikan yang dibeli ketika itu terdiri daripada varieti halfmoon, crown tail, short tail, double tail dan fighting fish selain spesies ikan laga liar. Tanpa diduga ikan laga yang dibelinya itu membiak dengan pantas dalam masa yang cukup singkat memaksanya membina kawasan penternakan yang berasingan dan lebih besar di sebelah rumahnya.
.
Melihat kepada sambutan orang ramai serta menerusi bantuan seorang rakan yang sanggup menjadi pengedar, Mariyati kemudiannya tekad menukar hobinya itu kepada cabang perniagaan dan mengusahakan penternakannya bersungguh-sungguh sehingga pernah mencapai 10,000 ekor dalam satu-satu masa. “Menariknya mengenai penternakan ikan laga ialah, ia sentiasa mendapat sambutan di kalangan orang ramai selain tidak ramai pengusaha yang benar-benar mengusahakannya untuk tujuan pasaran,’’ ujarnya.
.
Namun beliau mengakui, penjagaan ikan laga ini agak rumit dan cerewet terutamanya dari segi penjagaan air dan makanan yang merupakan dua aspek penting dalam memastikan peratus hidup anak-anak ikan laga tinggi. Air misalnya perlu digantikan dua hari sekali manakala makanan pula perlu diberikan sebanyak dua kali sehari.
.
Selain dipastikan kandungan air yang tidak terlalu banyak, ia juga perlu bebas daripada klorin sama ada menggunakan teknologi penapis atau ubat anti klorin yang boleh didapati di pasaran. Sekiranya menggunakan air paip biasa pula, ia perlu dibiarkan terlebih dahulu sekurang-kurangnya selama 2 hingga 3 hari sebelum boleh digunakan.
.
Makanan pula diberikan pada sebelah pagi dan petang sama ada cacing merah atau jentik-jentik dan beliau sendiri turut menghasilkan cacing merah sendiri menggunakan kaedah yang dipelajari dari seorang rakan. “Cacing merah ini juga boleh didapati di mana-mana kedai ikan hiasan dalam bentuk tablet dan perlu dibasahkan dahulu sebelum diberikan kepada ikan laga.
.
“Bagaimanapun, saya tidak menggalakkan ikan laga diberi makan pallet kerana ia boleh menjejaskan kualiti air,’’ katanya. Ikan laga tambah Mariyati, mampu membesar sehingga lima inci dengan jangka hayat hidup selama kira-kira dua tahun.
.
Ikan laga jantan lebih cantik dan lebih besar daripada betina dan kebiasaannya proses mengawan akan berlaku sebaik ikan laga mencapai umur kira-kira tiga bulan. Untuk tujuan mengawan, ikan laga jantan dan betina akan diletakkan di dalam bekas yang sama selama kira-kira dua hingga tiga hari dan proses mengawan dipastikan berlaku apabila ikan laga betina menjauhkan diri dari ikan laga jantan.
.
Ketika ini, ikan laga betina akan diasingkan dan ikan laga jantan akan dibiarkan menjaga telur-telur ikan tersebut di dalam buihnya sehingga menetas iaitu kira-kira beberapa hari kemudiannya. Sebaik menetas anak-anak ikan itu yang berjumlah beratus-ratus ekor akan diasingkan bagi mengelakkan ia di makan oleh ikan jantan dewasa dan diletakkan di dalam bekas yang lebih besar.
.
Menurut Mariyati, ikan laga mendapat sambutan yang menggalakkan ekoran kecantikan dan keunikan warna serta corak yang terlukis pada sayapnya dan harganya semakin tinggi sekiranya kedua-dua faktor tersebut semakin terserlah. Sayap ikan laga itu juga semakin menghampiri bentuk separuh bulan iaitu seperti kipas yang sangat cantik pada usia dua setengah bulan sehingga empat bulan iaitu tempoh yang paling cantik dan ditunggu oleh peminatnya.
.
Berdasarkan pengalamannya, beliau pernah menjual seekor ikan laga pada harga RM250 iaitu gred terbaik manakala ikan laga pada harga pertengahan pula mencecah sehingga RM100 hingga RM200. Bagaimanapun, pasaran ikan laga yang dikeluarkan oleh Mariyati lebih menjurus kepada peringkat penggemar biasa iaitu pada harga kira-kira RM30 dan ke bawah.
.
Ketika ini juga, jualan ikan laganya dalam seekor mencecah sehingga 3,000 hingga 4,000 ekor dan dijual secara kontrak dengan pengedar untuk di pasarkan di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. Malah, kawasan penternakannya juga tidak pernah sunyi dikunjungi oleh penggemar ikan laga yang datang dari setiap pelosok negeri untuk memilih sendiri ikan laga yang dihajati.
.
Selain menjalankan projek penternakan ikan laga sendiri, Mariyati turut mengambil upah membela ikan-ikan laga daripada individu lain seperti ikan laga liar yang baru sahaja diambil semula oleh tuan punya. Upah yang diperoleh daripada membela ikan laga ini juga tidak kurang lumayannya dan pernah mencecah sehingga RM600 hanya untuk tempoh beberapa bulan.
.
Sebagai perancangan masa depan, Mariyati bercadang untuk mendapatkan sebidang tanah dengan kerjasama Jabatan Perikanan bagi meluaskan lagi projek penternakan ikan hiasannya. “Sekiranya tiada halangan, kawasan baru itu nanti akan dibina berkonsepkan pameran dalam taman yang mana selain datang membeli ikan laga, pengunjung juga dapat melihat dengan lebih dekat kecantikan dan keunikan ikan laga ini,’’ katanya.
.
Malah, beliau juga yakin cita-citanya itu mampu dicapai apatah lagi dengan bantuan daripada Jabatan Perikanan dari segi penyediaan infrastruktur serta galakan yang diberikan supaya projeknya mampu dijadikan contoh dan rujukan kepada penternak baru.

Jumping for food

Super Red Arowana


Xian Leng Super Red Arowana - More bloopers are a click away

Thursday, May 6, 2010

Pembiakan ikan laga

Ikan pelaga betina mempunyai warna yang pudar berbanding dengan ikan pelaga jantan. Di bahagian belakang ikan pelaga betina terdapat liang putih yang dikenali sebagai ovipositor, berdekatan dengan anus.
.
Selepas mengawan, ikan betina menghasilkan 100 hingga 500 telur. Ikan pelaga betina mesti diasingkan kerana ia akan memakan telur sendiri. Ikan pelaga jantan menghasilkan sarang buih. Selepas mengawan, ikan pelaga jantan kutip telur dan meletakkannya ke dalam sarang buih.
.
Benih ikan menetas dalam masa dua hari. Tiga hari selepas itu, benih-benih tersebut akan berenang dengan bebas. Pada masa ini, ikan pelaga jantan perlu diasingkan kerana ia akan memakan benih tersebut. Cara pembiakannya dengan menyediakan:
.
1. Bekas plastik 10 gelen
2. Kabus / Foam Cup
3. Serombong plastik
4. Sepasang ikan pelaga (betina dan jantan)
5. Pokok akuatik (tiruan atau hidup)
.
Pilih pasangan ikan pelaga yang tidak terlalu tua. Jika ikan pelaga yang dipilih terlalu tua, ianya kurang reproduktif dan tidak mempunyai tenaga untuk mengawan. Setelah memilih pasangan , berinya makan selama seminggu. Berikan lebih makan kerana ia dikehendaki kurangkan makan semasa proses mengawan di jalankan.
.
Selepas diberi makan , sediakan tangki mengawan. Letakkan serombong plastik beserta dengan air di dalam tangki tersebut. Ia digunakan untuk meletakkan ikan betina di dalamnya jadi ikan jantan tidak boleh menggigitnya sebelum ikan betina sudah bersedia untuk mengawan. Kemudian , letakkan air di dalam tangki tersebut.
.
Tangki tersebut diisi tidaklah terlalu penuh. Kemudian , letakkan kabus atau foam cup. Jika anda menggunakan foam cup , potong separuh foam cup tersebut. Dan letakkannya di permukaan tanki yang sudah diisi airnya. Ia akan berbentuk seperti "terowong". Ia digunakan untuk ikan jantan membina sarang buihnya. Letakkan tumbuhan akuatik tiruan atau hidup.
.
Tumbuhan yang hidup lebih baik (e,g: Kiambang) kerana ia mempunyai nutrien - nutrien yang bagus untuk tumbesaran anak ikan. Tumbuhan juga penting untuk ikan betina menyorok apabila digigit ikan jantan. Letakkan ikan jantan ke dalam tangki mengawan terlebih dahulu. Tunggu selama 1 jam supaya ikan jantan boleh menyesuaikan diri di dalam tanki mengawan yang ada sediakan.
.
Kemudian, letakkan ikan betina ke dalam serombong tersebut. Ikan jantan akan mengembangkan ekor dan membina sarang buih. Selama seminggu , anda akan melihat garisan vertikal di perut ikan betina. Ini tanda persediaan ikan betina untuk mengawan. Ovipositor ikan betina akan lebih putih dari sebelumnya.
.
Garisan vertikal yang terdapat di ikan betina boleh dilihat jika ikan pelaga berwarna gelap. Untuk lebih jelas lagi , pada waktu malam , suluhkan lampu pada perut ikan betina. Garisan vertikal tersebut lebih mudah dilihat. Selepas ikan betina sudah sedia , lihat ikan jantan pula. Ikan jantan akan membina banyak sarang buih.
.
Jika sarang buih mencukupi , lepaskan ikan betina. Jika tiada mengawan dijalankan , dan tentu ikan jantan akan menggigit ikan betina. Letakkan ikan betina di dalam serombong semula. Jika ikan jantan sedia untuk mengawan , dia akan menghalau ikan betina ke bawah sarang - sarangnya. Kemudian dia akan mengawan seperti di dalam video tersebut. Mengawan mesti dijalankan beberapa kali dalam beberapa jam.
.
Selepas 2 hari , anak ikan pelaga yang teramat kecil akan berenang bebas. Pada masa ini eloklah jika ikan jantan di alihkan dari tanki mengawan.
.
AMARAN:
.
1. Jangan meletakkan apa - apa batu di dalam tangki mengawan
2. Tumbuhan amat penting
3. Selepas mengawan, ikan jantan akan menghalau ikan betina dari sarang - sarangnya. Pada masa ini , eloklah jika ikan betina DIAMBIL KELUAR dari tangki tersebut.
4. Selepas anak ikan berenang bebas , KELUARKAN IKAN JANTAN dari tanki tersebut. Anak ikan akan membesar di dalam tanki mengawan itu

Dulu Kerani Bank, Sekarang Usahawan Ikan Laga

Oleh Noor Shamsiah Mohamad
.
KUALA TERENGGANU, 8 Ogos (Bernama) -- Ramai di kalangan generasi muda sekarang lebih gemar memilih kerja makan gaji kerana mereka tidak perlu risau tentang pendapatan yang diperolehi setiap bulan. Namun berbeza pula keadaannya dengan Syed Hasanul Azhan Syed Abdullah, 32, dari Kampung Simpang Tok Ku Chabang Tiga dekat sini.
.
Beliau nekad berhenti kerja kerana hasratnya untuk menjadi seorang usahawan ikan laga, walaupun sudah mempunyai pekerjaan tetap sebagai seorang kerani dengan pendapatan RM1,300 sebulan di sebuah bank sebelum ini..
.
Segalanya bermula dengan minatnya yang mendalam terhadap perniagaan ikan hiasan terutamanya ikan laga ataupun lebih dikenali sebagai "ikan sekilau" yang diyakininya mampu memberikan pulangan yang lumayan jika kena dengan caranya.
.
"Semasa kecil-kecil dahulu saya bersama rakan-rakan selalu turun ke bendang untuk mencari ikan sekilau kerana selain untuk dilagakan, saya juga suka melihat bentuknya yang cantik dan berwarna-warni," beliau memberitahu Bernama ketika ditemui baru-baru ini.
.
PERTANDINGAN IKAN LAGA
.
Tekad untuk menjadi usahawan ikan laga semakin menebal dalam jiwa Syed Hasanul setelah bertemu seorang peniaga ikan laga dari Singapura dalam satu pertandingan ikan laga di Chendering Kuala Terengganu lima tahun lepas.
.
"Lelaki itu memberitahu, dia telah terbabit dengan perniagaan ikan laga ini sejak 30 tahun lalu, dan sehingga kini perniagaannya masih tetap bertahan malah semakin berkembang," kata Syed Hasanul. Ini mencetuskan satu "ledakan idea" dalam Syed Hasanul, menyebabkan dia terfikir harga ikan laga di pasaran tidak pernah jatuh, sebaliknya semakin mendapat permintaan tinggi daripada kalangan peminat ikan hiasan.
.
Selepas mengikuti kursus jangka pendek anjuran Jabatan Perikanan, Syed Hasanul mula mengorak langkah dan dengan modal permulaan sebanyak RM5,000 beliau membeli 20 "kerek telaga" iaitu struktur konkrit yang berbentuk silinder untuk dijadikan kolam memelihara ikan hiasan di belakang rumah keluarganya.
.
Ibarat anak kecil yang baru belajar bertatih, percubaan awal beliau memelihara beberapa jenis ikan hiasan seperti ikan guppy, swordtail dan sailfish molly gagal apabila ikan yang dipelihara diserang kulat menyebabkan kesemua ikan peliharaannya mati.
.
TIDAK PATAH SEMANGAT
.
Namun kegagalan itu tidak mematahkan semangatnya untuk terus mencuba memelihara ikan laga ataupun nama saintifiknya "Betta Splendents". Bermula daripada hanya sepasang induk, dengan bantuan adiknya, Syed Omar Aminuddin, 20, Syed Hasanul kini mempunyai 10,000 ikan laga yang berjaya diternaknya sendiri hasil beberapa kacukan induk ikan tersebut.
.
Harga ikan laga tersebut adalah dari semurah RM2 satu ekor dan yang paling mahal mencecah RM150 seekor."Memelihara ikan laga tidak sesukar untuk memelihara ikan lain. Yang penting kita hanya perlu memastikannya mendapat makanan yang cukup serta tahap alkali air di dalam kolah itu di sekitar ph 7.8," katanya.
.
Beliau berkata, untuk menghasilkan benih ikan, sepasang induk perlu dimasukkan ke dalam kolam yang mempunyai air yang bersih. Selepas itu, ia perlu diletakkan dengan daun pisang, daun ketapang, pokok keladi bunting dan ia akan mengambil masa selama satu hingga dua hari sebelum telur ikan boleh dihasilkan, katanya.
.
Dalam tempoh 48 jam telur-telur tersebut akan menetas, dan sepasang induk dikatakan mampu untuk menghasilkan antara 300 hingga 400 anak ikan dalam sesuatu masa.IKAN LAGA JANTAN"Ketika anak-anak ikan itu telah mencecah usia sebulan lebih dalam takungan, ikan-ikan laga jantan yang mempunyai ekor yang lebih panjang dan lebih cantik berbanding ikan betina perlu diasingkan untuk mengelakkan mereka dari berlaga sesama sendiri," katanya.
.
Namun yang uniknya, ikan betina yang mempunyai ekor yang lebih pendek tidak pula perlu diasingkan kerana ikan-ikan betina dikatakan mampu hidup harmoni tanpa sebarang sengketa. Dalam proses pembesaran ikan laga, kata Syed Hasanul ikan-ikan itu diberikan makan jentik-jentik, cacing merah dan plankton, dan apabila telah mencecah dua bulan setengah, ikan-ikan laga tadi sudah pun boleh dipasarkan.
.
Terdapat beberapa jenis ikan laga yang berada di pasaran termasuk ikan laga ekor mahkota (crown tail), ekor pendek separa bulan (half moon pelakat), dan separa bulan (half moon) dengan 30 variasi warna-warni.
.
Menurutnya, dalam seminggu beliau akan berniaga lima hari di pasar malam dan beliau mampu memperoleh lebih RM2,000 sebulan hasil jualan ikan laganya itu. Syed Hasanul akan membawa antara 30 hingga 40 ekor ikan laga itu dalam kereta beliau dan ikan-ikan tersebut dipamirkan serta dijual di pasar malam.
.
"Saya dapat menjual lebih kurang 20 ekor ikan laga setiap kali berniaga di pasar malam. Setakat ini sambutan yang diberikan terhadap ikan laga memang menggalakkan dan saya hanya mampu untuk membekalkannya untuk pasaran di sekitar Kuala Terengganu sahaja," kata beliau.
.
"Untuk perancangan jangka masa panjang, saya bercita-cita untuk membesarkan lagi projek membela ikan laga ini bagi pasaran luar negara, namun setakat ini saya terikat dengan masalah modal.
.
Menurut Syed Hasanul, sebanyak RM100,000 diperlukan untuk membesarkan lagi perniagaannya itu, namun sehingga kini hasratnya itu masih belum dapat direalisasikan.-- BERNAMA

The prettiest creatures in an aquarium

By JUSTIN MORELOS
May 4, 2010, 3:10pm
.
.
When it comes to ornamental fish, you can’t go wrong with the Flowerhorn, the Koi and Goldfish, the Arowana, and the Tiger Fish. There are other popular fish available in pet shops but none of them can top the popularity of the fish we just named.
.
The Flowerhorn, for instance, is appealing because of its distinct look, vivid colors and playful attitude. It belongs to the cichlid fish family and is known for its unique bulging head popularly known as the Kok. The markings or black patterns found on its body resemble Chinese characters. It has since been deemed as the lucky fortune fish. Flowerhorns are man-made or cichlid hybrids, and they basically do not exist in the wild.
.
The Koi and the Goldfish (Carassius auratus) belong to the Cyprinidae (Carp) fish family. The Goldfish was one of the earliest fish to be domesticated, and is one of the most commonly kept aquarium fish. It’s a domesticated version of the dark-gray or brown carp, native to East Asia. It was first became popular in China, and later introduced in Europe in the late 17th century.
.
On the other hand, the Koi , which literally means “brocaded carp,” is the domesticated ornamental variety of the common carp (Cyprinus carpio). Popularly known as the Japanese carp, it is kept for decorative purposes in outdoor ponds and water gardens. It is also related to the Goldfish.
.
The Koi was developed in ancient China during the Jin Dynasty and was later transferred to Korea and Japan. It is still popular there because it is considered to be a symbol of love and friendship. A variety of colors and color patterns have since been developed. Common colors include white, black, red, yellow, blue, and cream.
.
Because of its value and exotic appearance, the Asian Arowanas (Scleropages formosus), or dragon fish, is a most sought-after fish among aquarium hobbyists. Its shape is very unique. It has a flat, long body and a large mouth and large scales. This unusual and enigmatic-looking creature has the shape of a Chinese dragon, which symbolizes luck, wealth, prosperity and strength. It has thus been considered good Feng Shui to have an Arowana, which originates from Southeast Asia where it inhabits slow-moving waters.
.
The Tigerfish is from a small family of peripheral freshwater fish found in Southeast Asia, India and New Guinea. Its tiger-like color pattern and large size has made it a popular choice though it is has been classified as endangered and needs conservation. Its basic shape is similar to that of the snapper. It has a shape laterally-compressed body, large eyes, and a very big mouth. In terms of ecology, the Tigerfish is a solitary stealth hunter. It hides among plants where it waits for prey.
.
Thus, the Tigerfish thrives in tanks with a lot of plants. It is a territorial but otherwise peaceful predatory fish that mixes well with other types of fish that are too large to be eaten.
.
Ornamental fish fest
.
Ornamental fish took the limelight last week when the 2010 Aquafiesta opened at Tiendesitas in Pasig City. Organized by the Philippine Arowana and Luo Han Society (PALHS), the week-long festival was held to coincide with the Ornamental Fish Week celebration of the Bureau of Fisheries and Aquatic Resources.
.
The event included a fish exhibit showcasing the Arowana, Koi, and Goldfish. Organizers say Aquafiesta is held to promote the hobby of raising aquarium fish, unite the hobbyists, and provide a venue for competition and exhibits. The competition intends to inspire Filipino fish breeders to produce new and improve fish hybrids and help the local ornamental fish industry.
.
PALHS president Vigilart “Archie” David says a similar event dubbed Aquarama is held twice a year in Singapore. Filipino hobbyists also exhibit their fish at Aquarama and hove won several awards. “It is our aim that maybe in the near future, we can make Aquafiesta an international event here in the Philippines and thus help lift up the ornamental fish industry,” he says.
.
Also, Aquafiesta intends to impart the fact that captive breeding of aquarium fish like the Asian Arowana and other endangered fish species is possible and feasible in the Philippines. Through captive breeding, many special man-made aquarium fish hybrids can be created as a hobby, provide livelihood opportunities, and assist in the conservation of endangered or threatened fish species.
.
PALHS started as a web-based forum or discussion group, with more than 6,000 registered members online, and with 80 active members. Among the major key players are the majority of business owners from Cartimar market, Franklin dela Cruz of Lambs Marketing, and Dave Choi and Ivan Co of China Town Pets.
.
source: mb.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...