Thursday, April 29, 2010

Ikan Arowana / Kelisa

.
IKAN Arowana atau Scleropages Formousus ialah sejenis ikan hiasan yang sangat popular dan agak tinggi harganya. Disebabkan aktiviti penangkapan yang berleluasa sejak 70-an sehingga kini, jumlah populasinya di habitat asal semakin berkurangan dan pupus.
.
Oleh kerana itu spesies ikan ini telah dilindungi sebagai spesies kawalan untuk diimport dan dieksport di bawah Convention on the International Trade in Endargered Species of Wild Fauna and Flora (CITES).
.

Di Malaysia, aktiviti penternakan ikan Arowana juga turut dijalankan secara komersial untuk tujuan eksport ke pasaran antarabangsa dan antara agensi yang terbabit ialah Jabatan Perikanan. Secara semulajadi, ikan ini membiak sekali dalam setahun iaitu pada Jun hingga Ogos di habitat asalnya.
.

Di pasaran tempatan , Arowana Emas Malaysia dan Arowana Merah Indonesia bersaiz 15-20cm dijual dengan harga sekitar RM 1,500 – RM2,000 seekor , manakala Arowana Emas Indonesia dijual dengan harga RM300 – RM500 seekor. Ikan Arowana Hijau pula dijual dengan harga sekitar RM25 –RM30 seekor. Bagi pasaran tempatan, ikan ini tanpa memerlukan sebarang kawalan undang-undang.
.

Di peringkat pasaran antarabangsa, urusniaga Arowana memelukan permit CITES yang dikeluarkan oleh Jabatan Perikanan. Hanya ikan generasi F2 dari “Commercial Captive-breeding Operstion ” yang ditakrifkan oleh CITES dibenarkan untuk diurus niaga.
.
Bagi syarikat atau individu yang menjalankan operasi pengeluaran benih Arowana untuk pasaran luar negara , perlu mendaftar sebagai “
Commercial Captive –breeding Operation ” dengan kerjasama Jabatan Perhilitan . Syarikat utama yang perlu dipatuhi ialah ikan mestilah boleh dibiakkan dalam kurungan Sekurang-kurangnya sehingga generasi kedua atau F2.
.

Berdasarkan analisis LKIM, pelaburan ke atas projek ini agak besar yang mana kos bagi memulakan ternakan Arowana di atas tanah seluas 0.25 hektar dianggarkan sebanyak RM139,392 dengan kelengkapan paling minimum. Pulangan atau hasil pula hanya akan diperoleh pada tahun keempat atau kelima namun bergantung kepada tahap baka induk yang baik, pemakanan dan pengurusan.
.

Nilai pasaran ikan Arowana juga dipengaruhi oleh cita rasa peminat ikan tersebut namun ketika ini, permintaan serta harganya masih tinggi terutama bagi pasaran antarabangsa.
.
Secara umumnya ketika ini tidak ramai yang mampu menceburi bidang pengeluaran benih ikan ini kerana modal permulaan dan operasi yang agak tinggi termasuk mengambil masa yang agak lama untuk membiak iaitu kebiasaannya pada umur lima tahun.
.
Bagaimanapun, melihat kepada pasaran semasa, aktiviti ini boleh dilaksanakan dan mendatangkan pulangan yang lumayan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...