Thursday, December 30, 2010

How to Breed Betta Fish (Ikan Pelaga @ Ikan Karin)

1. Step 1
  1. You will need to acquire both a male and female Betta fish. Females are often hard to find. There are several good sources online to acquire quality fish, much different then what you see at your local pet shop. Bettas ship very good, do not be afraid to have the fish shipped to you.


    Step 2

  2. Once you have your Betta fish pair you will need to condition the fish for breeding. This is a 2 week process of feeding your Bettas high quality foods. Live food is best, but if you want to use dried foods use Frozen Bloodworms and Daphnia. Feed the fish as much as they will eat during this time.


  3. Step 3

    During the conditioning of your Betta fish pair you will want to setup your breeding tank. Make sure your tank is clean. Washing it with very hot water is a good precaution; do not use soap to clean your tank. Add 5-6 inches of water to your tank; add your sponge filter and finally your heater. Set the heater between 80-82 degrees. Add the recommended dose of an aquarium bacteria starter and water conditioner. Turn on your sponge filter for now.


  4. Step 4

    Next you will want to prepare the inside of the tank. Take your Styrofoam cup and cut it in half. Place the cup halve in the front corner of your tank, it should float nicely on top of the water creating a "tunnel" of air between the cup and the top of the water. Next you want to create hiding spots for your female Betta fish. Live plants are best, but fake plants will work as well. Place them on the opposite corner of the floating cup. Add you tank divider or hurricane glass away from your half cup as well.


  5. Step 5

    After the 2 week tank and fish conditioning is complete you are ready to introduce your fish. Turn off your sponge filter at this point. Add your male Betta fish in the main tank area first. Give him a minute to look around and explore his new surroundings. Then add your female Betta into the divided part of the tank or into your hurricane glass. The female and the male MUST be separate at this point, do not add them both to the tank where they can have direct contact with either other.


  6. Step 6

    Now you will need to judge if your Bettas are ready to breed. The male Betta should be flaring his fins out around the female and building a bubble nest, most likely under your half cup. The female will develop vertical bars on her body, this is difficult to see on lighter colored fish. The female Betta should be released at this time, normally 24-48 hours after initial introduction into the tank. It is best to release the female just before "lights out" in the tank.


  7. Step 7

    Once your female Betta is loose in the tank the chase is on. The male Betta will chase and nip at the females fins, this can often be violent. This aggression is normal and some fin and scale damage can and likely will occur on both fish. The fish will "dance" with each other for short periods and then the male will chase the female off. If she is ready to breed she will approach the male and the nest in a head down position and generally be more interested in what he is doing. This process again can be as much as 48 hours. If the fish have not spawned in this amount of time you may want to remove the female and try another time. During this time you should attempt to not bother the fish as much as possible. You should not feed the fish while they are both in the tank together either.


  8. Step 8

    When both parties are ready to breed the female Betta will position herself under the nest and the male Betta will wrap his body around the female. The fish will appear paralyzed for a short period of time. This embrace will be repeated several times until the female Betta has expelled all her eggs.


  9. Step 9

    Once the fish are no longer embracing and the female has moved away from the nest she should be removed immediately. Take care not to disturb the male and his nest of eggs. Put your female in a warm quite spot to rest and recover in clean water.


  10. Step 10

    Your male Betta will now tend to the eggs on his own for the next 24-36 hours, catching them and placing them back in the nest as they fall out.


  11. Step 11

    After around 4 days the baby Betta fry will become free swimming and your male will be struggling to keep them all near the nest. The male should be removed at this time.


  12. Step 12

    Once your male has been removed you can turn on your sponge filter, very lightly at first till the fry grow a little and can handle the current. You should be able to control the air flow with your valve.


  13. Step 13

    It is now time to start feeding your tiny Betta fry. Microworms are a good first food choice. You can find live cultures online, make sure to have these ready to go before you start your breeding. Put some Microworms in a cup of water and use an eye dropper to place them in your breeding tank. 2-3 drops should be good. If you watch closely you will see your fry eating the Mircoworms, there bellies will become white when they are full of food. The baby fry should be feed every 4-6 hours, a very demanding schedule. If you can't feed that often your fry will grow slower. If you still see Microworms on the bottom of the tank when you go for your next feeding skip it. Microworms in the tank for more then 24 hours should be removed carefully with a siphon, don't suck up any fry. Continue this feeding process for 3-4 weeks.


  14. Step 14

    Once your baby Betta fry begin to grow they will need larger foods. Cutting up frozen bloods worms into tiny little pieces is a good second food. Frozen Daphnia work as well. At first you should combine this new food with the Microworms till it appears all the fry are starting to eat the larger foods.


  15. Step 15

    As your Betta fry continue to grow you will need to start adding water your 10 gallon aquarium, slowly raising the water level over time to give the fish room to grow. Continue to keep adding larger and larger pieces of food to your breeding tank. The fry are quite good at tearing up larger pieces of food as they grow.


  16. Step 16

    Around 8 weeks you will want to start separating the male Bettas into their own containers. Females can continue to be housed together. Most male Bettas will begin to show elongated fins at this time and will often be somewhat aggressive to the other baby Bettas. They will be fairly easy to spot.


  17. Step 17

    Now that you have a bunch of new Bettas it is time to find good homes from them. If you live in a warmer climate outdoor ponds are a good spot. Give them away to friends and family. You can often get credit at local pet shops as well for future supplies. You should have places for your fish to go before you breed them.

Saturday, December 4, 2010

Betta liar tempatan


PENGENALAN

Di Malaysia dianggarkan terdapat sebanyak 20 spesies betta liar yang boleh dikomersilkan di mana 12 spesies betta terdapat di Semenanjung dan lapan spesies di Malaysia Timur. Kebanyakan ikan betta tempatan berpotensi dikomersilkan kerana keunikan warna badannya.

Terdapat dua jenis betta tempatan yang dikategorikan berdasarkan cara pembiakannya iaitu pembuat sarang buih dan pengeram telur. Betta pembuat sarang buih lebih menarik dan diminati sementara jenis mengeram telur kurang dikenali di kalangan penggemar ikan hiasan.

Semua jenis ikan betta digolongkan dalam kumpulan Ananbantidae. Ikan ini dapat menyesuaikan diri dalam air yang mengandungi kandungan oksigen rendah kerana mempunyai organ pernafasan tambahan yang dikenali sebagai labyrinth yang membolehkannya mengambil udara atmosfera dan permukaan air. Sebagai ikan hiasan, ikan ini terkenal kerana tahan lasak dan warnanya yang menarik.

Ia tidak cerewet dan hanya segelintir sahaja memerlukan penjagaan rapi untuk memeliharanya. Ia hidup di kawasan air tawar subtropika dan tropika dan kebanyakannya mendiami air yang sedikit berasid atau sangat berasid dengan pH 4. hingga 6.5. Taburannya terhad di afrika dan Asia. Ikan ini menunjukkan tabiat yang sangat menarik di mana ikan jantannya lebih agresif.

PEMBIAKAN

Semasa proses pembiakan betta pembuat sarang buih, ikan jantan akan membuat sarang daripada buih pada permukaan air. Induk yang matang akan mensenyawakan telurnya di bawah sarang buih itu. Induk jantan akan menjaga telur-telur itu sehingga menetas dan mengawasi anak-anaknya sehingga dapat berenang bebas. Betta pengeram mulut pula akan mengereram telur tersenyawa di dalam mulutnya sehingga anak ikan boleh berenang bebas.

Ikan betta pengeram mulut mencapai saiz dewasa lebih besar daripada ikan betta pembuat buih dan memerlukan tangki yang lebih besar. Tangki pembiakan untuk untuk ikan betta pengeram mulut, seperti Betta pugnax dan Betta albimarginata memerlukan sekurang-kurangnya 35 liter, dan untuk ikan betta pengeram mulut yang lebih besar seperti Betta tomi dan Betta akarensis sekurang-kurangnya 70 liter. Kualiti air kebanyakan ikan betta pengeram mulut boleh disediakan dengan air paip yang dinyahklorin.

Air paip biasanya neutral ke alkali dan keliatannya bergantung kepada kandungan kalsium di dalam ounca bekalan air. Keadaan ini menyerupai keadaan dalam kebanyakan anak sungai di negara kita. Sesetengah ikan pengeram mulut terangsang untuk mengawan dengan pertukaran air yang banyak (50-75 peratus). Anak ikan yang dihasilkan dibiarkan membesar bersama-sama induk jantan dalam tangki yang sama sehingga boleh dipasarkan.

Untuk proses pembiakan Betta pembuat sarang buih, suhu yang diperlukan adalah sekitar 28 c dan pH 6.5-8. Induk perlu diberi pelbagai jenis makanan seperti makanan kering, moina atau isi udang. Jantina ikan mudah dikenal pasti di mana ikan jantan mempunyai sirip yang lebih panjang dan berwarna lebih terang berbanding dengan ikan betina yang mempunyai sirip yang agak pendek dan warnanya yang kurang menarik. Membiak dengan membina sarang buih, induk induk jantan penting membina sarang dan mengawasi telurnya. Ikan ini boleh dibiakkan menggunakan tangki yang mengandunig lebih kurang 10 liter air dengan kedalaman 8cm-10cm.

Ikan jantan perlu dimasukkan terelbih dahulu supaya membuat sarang dan menyesuaikan diri dengan persekitaran baryunya. Kemudian ikan betina pula dilepaskan ke dalam tangki. Telur-telur yang dilepaskan oleh induk betina akan dipungut oleh induk jantan dan kemudiannyadihembuskan ke dalam sarang buihnya.

Telur-telur tersenyawa dan sarangnya dijaga oleh ikan jantan. Telur menetas mengambil masa dua hingga tiga hari. Anak ikan yang baru menetas perlu diberi makanan yang halus seperti kuning telur rebus yang ditapis dengan kain dan infusoria (zooplankton).Selepas dua minggu, anak-anak ikan ini boleh diberi makan artemia yang baru menetas. anak ikan boleh dijual setelah beriumur 4 hingga 5 bulan.

Pretty awesome promo from #CelcomExec for the Celcom BB Bold 9780 and BB Torch 9800!

Pretty awesome promo from #CelcomExec for the Celcom BB Bold 9780 and BB Torch 9800!

Thursday, December 2, 2010

Pembiakan Ikan Pelaga

Ikan pelaga betina mempunyai warna yang pudar berbanding dengan ikan pelaga jantan. Di bahagian belakang ikan pelaga betina terdapat liang putih yang dikenali sebagai ovipositor, berdekatan degan anus.

Selepas mengawan, ikan betina menghasilkan 100 hingga 500 telur. Ikan pelaga betina mesti diasingkan kerana ia akan memakan telur sendiri. Ikan pelaga jantan menghasilkan sarang buih.

Selepas mengawan, ikan pelaga jantan kutip telur dan meletakkannya ke dalam sarang buih. Benih ikan menetas dalam masa dua hari. Tiga hari selepas itu, benih-benih tersebut akan berenang dengan bebas. Pada masa ini, ikan pelaga jantan perlu diasingkan kerana ia akan memakan benih tersebut.

Cara pembiakannya dengan menyediakan:

1. Bekas plastik 10 gelen
2. Kabus / Foam Cup
3. Serombong plastik
4. Sepasang ikan pelaga (betina dan jantan)
5. Pokok akuatik (tiruan atau hidup)

Pilih pasangan ikan pelaga yang tidak terlalu tua. Jika ikan pelaga yang dipilih terlalu tua , ianya kurang reproduktif dan tidak mempunyai tenaga untuk mengawan. Setelah memilih pasangan , berinya makan selama seminggu.

Berikan lebih makan kerana ia dikehendaki kurangkan makan semasa proses mengawan di jalankan. Selepas diberi makan , sediakan tanki mengawan. Letakkan serombong plastik beserta dengan air di dalam tanki tersebut. Ia digunakan untuk meletakkan ikan betina di dalamnya jadi ikan jantan tidak boleh menggigitnya sebelum ikan betina sudah bersedia untuk mengawan.

Kemudian , letakkan air di dalam tanki tersebut. Tanki tersebut diisi tidaklah terlalu penuh. Kemudian , letakkan kabus atau foam cup. Jika anda menggunakan foam cup , potong separuh foam cup tersebut. Dan letakkannya di permukaan tanki yang sudah diisi airnya. Ia akan berbentuk seperti "terowong".

Ia digunakan untuk ikan jantan membina sarang buihnya. Letakkan tumbuhan akuatik tiruan atau hdup. Tumbuhan yang hidup lebih baik (e,g: Kiambang) kerana ia mempunyai nutrien - nutrien yang bagus untuk tumbesaran anak ikan. Tumbuhan juga penting untuk ikan betina menyorok apabila digigit ikan jantan.

Letakkan ikan jantan ke dalam tanki mengawan terlebih dahulu. Tunggu selama 1 jam supaya ikan jantan boleh menyesuaikan diri di dalam tanki mengawan yang ada sediakan. Kemudian , letakkan ikan betina ke dalam serombong tersebut. Ikan jantan akan mengembangkan ekor dan membina sarang buih.

Selama seminggu , anda akan melihat garisan vertikal di perut ikan betina. Ini tanda persediaan ikan betina untuk mengawan. Ovipositor ikan betina akan lebih putih dari sebelumnya. Garisan vertikal yang terdapat di ikan betina boleh dilihat jika ikan pelaga berwarna gelap. Untuk lebih jelas lagi , pada waktu malam , suluhkan lampu pada perut ikan betina. Garisan vertikal tersebut lebih mudah dilihat.

Selepas ikan betina sudah sedia , lihat ikan jantan pula. Ikan jantan akan membina banyak sarang buih. Jika sarang buih mencukupi , lepaskan ikan betina. Jika tiada mengawan dijalankan , dan tentu ikan jantan akan menggigit ikan betina. Letakkan ikan betina di dalam serombong semula. Jika ikan jantan sedia untuk mengawan , dia akan menghalau ikan betina ke bawah sarang - sarangnya. Kemudian dia akan mengawan seperti di dalam video tersebut.

Mengawan mesti dijalankan beberapa kali dalam beberapa jam. Selepas 2 hari , anak ikan pelaga yang teramat kecil akan berenang bebas. Pada masa ini eloklah jika ikan jantan di alihkan dari tanki mengawan.

AMARAN:
1. Jangan meletakkan apa - apa batu di dalam tanki mengawan
2. Tumbuhan amat penting
3. Selepas mengawan , ikan jantan akan menghalau ikan betina dari sarang - sarangnya. Pada masa ini , eloklah jika ikan betina DIAMBIL KELUAR dari tanki tersebut
4. Selepas anak ikan berenang bebas , KELUARKAN IKAN JANTAN dari tanki tersebut. Anak ikan akan membesar di dalam tanki mengawan itu.

Contoh tanki mengawan
(Contoh ikan pelaga jantan yang membina sarang buih di dalam tanki mengawan)

Betta Spawning Tank
(Contoh tanki mengawan kedua)

Thursday, November 25, 2010

AquaFair Malaysia 2010

Date
25 - 28 Nov 2010
Time
10.00am - 6.00pm
Location
Admission
RM5 (Adult),
Children Below 12 & Senior Citizen - Free Of Charge
Phone
+603-275 5990 / 5636 1788
Websiteofficial website
CategoryExhibitions
AquaFair Malaysia 2010

Riding high on its success of 2008, Aquafair Malaysia 2010 will cover more than 5,000 sq meters of exhibition space and occupy two halls with more than 150 exhibitors including representations from 18 countries. The four-day long event is expected to draw in exhibitors, producers, traders and visitors from within and outside Malaysia. Make sure you are there.

Tuesday, November 23, 2010

Batalkan projek ikan arowana di Bukit Merah

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta kerajaan negeri Perak membatalkan projek ternakan ikan Arowana dekat Bukit Merah dalam daerah Kerian.

Kawasan sawah padi yang ditukarguna untuk ternakan Arowana ini perlu dibaikpulih dengan kadar segera.

NONE
Langkah itu wajar disegerakan kerana projek berkenaan bukan saja menjejaskan matlamat utama bekalan air Tasik Bukit Merah iaitu untuk penanaman padi dan kegunaan harian penduduk di daerah tersebut, malah perusahaan ini juga tidak mengikut peraturan serta undang-undang yang telah ditetapkan serta boleh mencemarkan alam sekitar.

Projek yang bermula sejak tahun 2000 itu, dalam skala kecil dengan tidak sampai 10 pengusaha, kini sedang diusahakan oleh 70 pengusaha yang melibatkan 143 hektar tanah sawah (355 ekar) dengan pembinaan sebanyak 3,808 buah kolam.

CAP kesal walaupun projek ini di peringkat awal pelaksanaannya dibantah oleh pesawah kerana menyebabkan kekurangan air untuk tanaman padi, namun tidak ada perhatian serius dan tindakan yang diambil oleh pihak berkenaan.

Lebih mendukacitakan lagi CAP mendapati projek yang boleh menjejaskan alam sekitar dan kehidupan penduduk tempatan ini dilakukan tanpa mengikut peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan.

NONE
Walaupun projek tersebut telah bermula sejak 10 tahun yang lalu namun masih ada lot-lot tanah sawah yang terlibat belum ditukar statusnya untuk industri akuakultur.

Pejabat Tanah Daerah Kerian hanya menghantar notis pelanggaran syarat tanah kepada para pengusaha terbabit tetapi tidak ada penguatkuasaan undang-undang yang dibuat bagi menutup kolam-kolam yang dibina.

Kawasan penanaman padi yang produktif di bawah Projek Kerian-Sungai Manik ini tidak sepatutnya ditukar guna untuk tujuan lain. Kami amat kesal kerana pihak berkuasa tidak mengambil tindakan walaupun syarat penggunaan tanah telah dilanggar.

Kenapa tiada penyelarasan dan tanggungjawab bersama di antara agensi untuk memastikan sumber makanan kita adalah terjamin?

Projek ini juga tidak dirujuk kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) bagi memastikan sama ada kajian kesan kepada alam sekitar (EIA) perlu dilakukan atau tidak.

NONE
CAP percaya dan merasa bimbang pembuangan sisa kolam ke dalam sistem saliran pertanian di daerah ini akan mencetuskan masalah alam sekitar serta pencemaran air yang serius pada masa akan datang.

Dalam tinjauan yang dibuat CAP difahamkan oleh petani-petani yang terlibat, kegiatan menyedut atau mengepam air dari saliran pertanian melalui Terusan Selinsing dan Terusan Bagan Serai di daerah ini terus dilakukan oleh pengusaha-pengusaha ternakan ikan Arowana di kawasan itu.

CAP dimaklumkan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kerian, akibat kegiatan mencuri air di sini yang berlaku secara berleluasa mereka gagal membenterasnya dengan berkesan.

Para pesawah terbabit mengadu kepada CAP bahawa berikutan masalah kekurangan bekalan yang berlaku pokok padi terencat pembesarannya, buah padi kurang berisi, serangan makhluk perosak dan ancaman rumput menjadi semakin serius dan hasil pendapatan mereka merosot secara mendadak.

NONE
Kajian JPS sehingga dari 15 Ogos hingga 26 Oktober 2010 menunjukkan takungan air di Tasik Bukit Merah menurun sebanyak 0.2 kaki sehari.

CAP berpendapat jika projek ini diteruskan masalah bekalan air sawah di kawasan ini akan menjadi lebih meruncing lagi pada masa akan datang terutama sekali pada musim kemarau jika paras air di tasik berkenaan berada pada tahap yang kritikal.

Air Tasik Bukit Merah bukan saja digunakan oleh lebih 10,000 pesawah daerah Kerian dan Seberang Perai Selatan Pulau Pinang yang melibatkan kawasan sawah seluas lebih 24,000 hektar, tetapi juga menjadi kegunaan harian 200,000 penduduk yang tinggal di Semanggol, Selinsing,Bagan Serai, Beriah,Parit Buntar,Tanjong Piandang dan Kuala Kurau.

CAP kesal dan hairan bagaimana Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan kerajaan negeri Perak, termasuk jabatan serta agensi berkaitan boleh membenarkan dan membiarkan perusahaan ternakan ikan Arowana ini beroperasi dengan sewenang-wenangnya.

Agensi seperti Pejabat Tanah, Jabatan Pertanian, JPS dan JAS perlu mengambil tindakan tegas berdasarkan peraturan dan undang-undang sedia ada.

CAP menegaskan, jika projek ini diteruskan tanah pertanian (sawah) akan terancam dan berkurangan, para petani di daerah ini akan terjejas kehidupan dan sumber pendapatan mereka, alam sekitar akan tercemar dan pengeluaran beras serta bekalan makanan termasuk ekonomi negara akan tergugat pada masa akan datang.

Apakah ikan hiasan ini lebih penting dari kehidupan petani dan makanan untuk rakyat pada masa akan datang?

Justeru itu CAP menggesa projek ternakan ikan Arowana di daerah Kerian dihentikan segera dan kawasan sawah padi dibaikpulih.

Penulis adalah presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP)

sumber : Malaysiakini.com

Wednesday, November 17, 2010

Seni ramalan kuno India

Oleh JAGATHESWARY NARAYANAN
n.jagatheswary@kosmo.com.my




RUMAH usang milik peniaga cettiar atau sering disebut ceti dalam bahasa Melayu itu mungkin jauh dari pandangan ramai kerana terletak di hujung deretan kedai di Jalan Lebuh Ampang, Kuala Lumpur. Bagaimanapun, pintu masuk rumah itu sering sibuk dengan kelibat warga kota yang lalu lalang. Sebabnya, mereka datang bukanlah untuk meminjam wang daripada ceti itu yang lazimnya diketahui sebagai peminjam wang.

Ironinya, kunjungan bersifat peribadi itu adalah untuk berjumpa dengan Manivanan Thuraisamy yang kebetulan menyewa sebuah bilik di rumah lama tersebut. Ada yang menunggu berjam-jam lamanya untuk bertemu dengan lelaki berusia 46 tahun itu. Apakah istimewa Manivanan?

Sebenarnya, Manivanan yang berasal dari wilayah Erode, Tamil Nadu, India itu merupakan seorang tukang tilik nasib. Dia berhijrah ke jalan yang sudah menjadi tumpuan kebanyakan peniaga India itu kira-kira 12 tahun lalu untuk menambah punca pendapatan melalui tilikan nasibnya.

Berbeza daripada tukang tilik sedia ada, cara menilik nasib Manivanan memang aneh dan unik. Ini kerana, seekor burung serindit digunakan sebagai alat untuk menilik nasib para pelanggannya. Sungguhpun ia mungkin sukar dipercayai ramai pada zaman serba canggih dan moden ini, namun realiti membuktikan bahawa kepercayaan seperti itu masih kekal diamalkan terutama dalam budaya masyarakat India sehingga hari ini.

Saban hari seawal pukul 10 pagi, lelaki yang lebih manis dengan panggilan Mani itu, sudah pun membuka medan menilik nasib para pelanggannya di kaki lima rumah ceti itu. Lantai dipasang mozek bercorak flora dialas dengan suratkhabar lama sebelum disusun dengan peralatan tilik nasib. Antaranya, peti sangkar kayu, susunan kad-kad tilik nasib, beberapa buah buku tilik nasib dan bijian mutiara.

Kemudian, para pelanggan yang menunggu lama itu, menyusur duduk seorang demi seorang untuk melihat dan mendengar sendiri tilikan nasib mereka daripada Mani. Sebelum itu, Mani juga melakukan upacara ritual yang ringkas seperti membakar colok dan memuja gambar dewa-dewi yang ditampal pada permukaan atas sangkar kayu itu. Ia kepercayaan untuk melancarkan perniagaannya pada pagi itu.

"Padaiyappah, sila ambil satu kad yang bagus kepada nama Sugumaran yang berumur 46 tahun ini," demikian arahan lembut Mani dalam bahasa Tamil kepada burung serindit yang berada dalam sangkar itu. Sugumaran Shanmugam, 46, adalah pelanggan pertama Mani pagi itu yang sanggup datang dari Damansara, Selangor untuk berjumpa tukang tilik tersebut.

SEJUMLAH 29 keping kad digunakan dalam amalan tilikan nasib burung serindit.


Sejurus terdengar panggilan tuannya, burung rona hijau muda yang mendapat nama manja sempena sebuah filem Tamil yang popular, lalu keluar untuk memilih kad-kad disusun rapi di hadapan sangkar tersebut.

Burung kecil dengan panjang hanya mencapai 12 sentimeter itu bijak menuruti kata-kata Mani dan mencapai sekeping kad secara rawak lalu memberi kepada tuannya. Seterusnya, Mani turut bertanya dalam bahasa Tamil, "Kad ini untuk Sugumaran, adakah ia membawa tuah kepadanya?"

Sebagai tanda bersetuju, Padaiyappah mengeluarkan bunyi sebanyak tiga kali secara spontan.

Mewarisi kerjaya keluarga

Kata Mani, Padaiyappah tidak akan mengeluarkan bunyi jikalau kad tersebut tidak sesuai untuk orang itu. Maka ia akan membuat pemilihan sekali lagi. Kad berwarna hijau dilipat tiga itu kemudian dibuka dan ditunjukkan kepada Sugumaran yang sebenarnya tidak sabar untuk melihatnya. Pada hari itu, kad hijau yang dicetak gambar Dewi Lakshmi terpilih untuk menentukan nasibnya.

Berpandukan nombor yang tercatat di atas permukaan kad tersebut iaitu 25, Mani mula membaca nasib pelanggannya mengikut sebuah buku khas yang disimpan di tepi sangkar burung itu. Buku khas tersebut sebenarnya mengandungi penerangan tentang nombor 25 tetapi dalam bentuk lagu-lagu berunsur mantera.

Menurut Mani, sejumlah 28 keping kad selalunya digunakan dalam amalan tilikan nasib burung serindit. Kesemua kad berkenaan dicetak dengan gambar-gambar dewa-dewi antaranya Ganesha, Muruga, Vishnu, Siva, Lakshmi dan Saraswathy. Walau bagaimanapun, bukan gambar-gambar tersebut akan menentukan nasib seseorang, sebaliknya urutan nombor daripada satu hingga 28 yang tertera pada permukaan kad itu.

"Sememangnya, budaya masyarakat India sejak dahulu lagi amat mempercayai unsur nombor dalam kehidupan mereka. Segala perkara, sama ada upacara ritual ataupun adat semuanya diadakan mengikut masa, tarikh dan bintang yang sesuai untuk seseorang, supaya apa yang dilakukan membawa tuah kepadanya.

SELAIN tilikan nasib serindit Mani turut menjalankan tilikan nasib tapak tangan dan menggunakan bijian mutiara.


"Dalam bidang tilikan nasib keseluruhan proses itu melibatkan nombor genap ataupun ganjil. Misalnya, dalam kad-kad ini juga ia bermula dengan nombor satu dan berakhir dalam angka ganjil," ujar lelaki yang mempelajari ilmu tilikan nasib itu daripada bapa dan datuknya di India yang melakukan kerjaya tersebut sejak turun-temurun lagi.

Ujar bapa kepada dua anak itu, lagu-lagu yang tertulis dalam bahasa Tamil klasik dalam buku itu selain menerang nasib baik dan buruk seseorang, ia juga pada masa yang sama menyenaraikan sifat orang yang ditilik tersebut. Pada pagi itu, mengikut penerangan buku itu, nasib Sugumaran boleh dianggap sarat dengan pahit dan manis.

Dia juga diminta supaya berwaspada dalam setiap langkah yang dibuat manakala dari segi kewangan dan peluang baru memang cerah.

Sementara itu, Sugumaran yang merupakan antara pelanggan tetap tukang tilik berkenaan berkunjung ke rumah itu kira-kira 15 kali dalam sebulan. Baginya tilikan nasib Mani memang benar dan 80 peratus boleh dipercayai. Jikalau dia ingin melakukan apa-apa perkara penting untuk keluarga dan kerjaya selalunya dia menilik nasib terlebih dahulu supaya segalanya terlaksana dengan sempurna.

Lima tahun yang lalu, dia yang bekerja sebagai pekerja kontraktor secara kebetulan menilik nasib dengan Mani apabila berkunjung ke Jalan Lebuh Ampang untuk urusan membeli-belah. Sejak itu, dia semakin terpengaruh dengan amalan tilikan nasib kerana ia memberi kepuasan kepada dirinya dan memberi amaran sihat secara tidak langsung.

"Saya juga rasa lega dan tenang apabila meluahkan perasaan serta masalah yang terpendam dalam jiwa kepada Mani. Dia juga turut memberi nasihat dan penyelesaian untuk masalah itu," tambahnya bahawa harga yang dikenakan untuk menilik nasib itu murah dan boleh dipercayai.

Dalam pada itu, Mani pula memberitahu sungguh pun ramai yang curiga dan kurang yakin dengan tilikan nasib burung serindit, namun apabila seseorang mempercayainya secara ikhlas memang ia membantu meningkatkan taraf kehidupan, kewangan serta kesihatan.

Keistimewaan serindit

Bercerita mengenai burung serindit yang comel itu, ujar Mani burung berkenaan dibelinya daripada seorang kawan di India yang menjalankan perniagaan melatih burung serindit untuk tujuan tilikan nasib.

PADAIYAPPAH mengeluarkan bunyi sebanyak tiga kali secara spontan apabila kad tersebut sesuai untuk seseorang.


Mengapa burung serindit? Jawabnya, burung itu adalah salah satu unsur keagamaan yang berada bersama Dewi Meenakshi di Kuil Meenakshi, Madurai, India yang dianggap istimewa kepada seluruh penganut agama Hindu. Proses penjagaan burung itu juga mudah dan selalunya burung jantan digunakan untuk tujuan tilikan nasib. Dari segi makanan, Padaiyappah diberi santapan padi dan cili.

Sungguh pun, jumlah tukang tilik nasib burung serindit di negara ini amat kecil dan boleh dikatakan didominasi sepenuhnya oleh warga India, namun Mani mengakui oleh kerana masih ada orang tempatan mempercayai tilikan kuno itu, maka dia mampu menjana pendapatan mencecah RM1,000 setiap bulan.

Selain tilikan nasib burung serindit, Mani turut menjalankan tilikan nasib tapak tangan dan menggunakan bijian mutiara. Harga semua perkhidmatannya pula, bermula dari RM3 sehingga RM8 sahaja.

Pada pertemuan Kosmo! bersama Mani, penulis dan jurugambar tidak ketinggalan juga menilik nasib masing-masing yang dikatakan baik dari segi kewangan serta kerjaya.

sumber : Kosmo! Online

Wednesday, November 10, 2010

Pemakanan Ikan Pelaga

Ikan pelaga mempunyai muncung mulut menghala ke arah atas, satu ciri ikan karnivora yang makan di permukaan air.

Dalam paya, ikan pelaga memakan zooplankton, jentik-jentik, cengkerik, dan belalang. Ikan pelaga yang mempunyai makanan yang cukup mempunyai warna yang lebih terang serta pulih dengan lebih cepat jika cedera ketika berlaga.

Lazimnya ikan pelaga diberi makan pelet yang mengandungi udang, isi ikan, bloodworm, dan vitamin. Ikan pelaga boleh juga diberi makan bloodworm (hidup atau telah dibekukan), udang baring , artemia atau dafnia.

Untuk bekalkan serat, ada orang memberi ikan pelaga mereka memakan sayur berprotin seperti kacang soya, jagung, brokoli, atau lobak yang digilis lumat. Untuk maklumat lanjut tentang pemakanan ikan pelaga, hubungi breeder En Fuad di talian 09 8585760.

Monday, November 8, 2010

Blue Crowned Hanging Parrot

Blue crowned hanging parrot are interesting and fun to watch. In Malaysia, blue crown hanging parrot is still abundan and we can easily hear their voices (eventhough it is difficult to see them). Local will call them as 'Burung Serindit'. They are lively bird that will make use of all areas of the avairy if we keep them. They like to fly but enjoy climbing and scrambling.

Breeding: Breeding hanging parrot is not too difficult (based on one of the member ofMalaysia Bird Forum which had successfully breed the blue crowned hanging parrot in captivity. However, as far as I know, there are still no commercial breeder which breed blue crowned haning parrot in large scale in malaysia.

Sexing : Sexing blue crowned hanging parrot is very easy. The matured bird will have different colour between male and female bird. The male bird will have blue colour on their head (which is why they are called blue crown) and red mark on their throats. However, the female will only green.

Burung Serindit

Burung Serindit (bahasa Inggeris) "Blue-crowned Hanging-Parrot") juga dikenali sebagai Burung Bayan Kecil merupakan salah satu daripada haiwan terlindung yang terdapat di Malaysia. Pemburuannya memerlukan lesen pemburuan. Nama sainsnya Loriculus galgulus.

Ciri-ciri

Burung Serindit ialah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan tubuh yang diselubungi bulu pelepah, dan paruh tanpa gigi. Burung Serindit adalah sejenis burung yang terdapat di dalam genus burung serindit Loriculus. Burung ini berukuran kecil, dengan panjang mencapai 12cm. Sebahagian besar bulunya berwarna hijau dengan bulu ekor berwarna merah.

Burung Serindit jantan dan betina mempunyai warna yang serupa. Burung Serindit jantan memiliki bercak kepala berwarna biru dan bercak tenggorokan berwarna merah. Burung Betina berwarna lebih kusam dibanding jantan.

Jantung burung ini terdiri daripada empat kamar seperti manusia. Kamar atas dikenali sebagai atrium, sementara kamar bawah dikenali sebagai ventrikel.


Taburan


Populasi Serindit tersebar di hutan dataran rendah, dari permukaan laut sampai ketinggian 1,300m di negara Malaysia, Brunei,Indonesia, Singapura dan Thailand.


Burung Serindit hidup berkelompok. Burung ini memiliki kebiasaan aktif memanjat dan berjalan daripada terbang. Ketika beristirahat, burung serindit menggantungkan badan ke bawah. Makanannya terdiri daripada sayuran hijau, buah-buahan, padi-padian dan aneka serangga kecil.


Pembiakan


Sebagai burung, Serindit membiak dengan cara bertelur. Telur yang dihasilkan mempunyai cangkerang keras di dalam sarang yang dibinanya.


Burung Serindik betina biasanya bertelur antara tiga hingga empat butir telur, dan mengeram selama 18 hingga 20 hari.


Spesies ini mempunyai daerah penyebaran yang luas dan mudah dilihat di habitatnya. Burung Serindit dinilai sebagai berisiko rendah di dalam IUCN Red List dan didaftarkan dalam CITES Appendix II.


sumber : Wikipedia

Friday, November 5, 2010

Cara bernafas Ikan Pelaga

Ikan pelaga, sama seperti ikan lain mempunyai insang. Ia dapat menapis oksigen dalam air. Walaupun begitu, ikan pelaga juga mempunyai organ yang dikenali sebagai organ labyrinth iaitu tulang dari insang baris pertama mempunyai salur vascular tambahan.

Ini membolehkan ikan pelaga mengambil oksiden terus dari udara. Sebab itulah anda dapat lihat ikan pelaga berenang ke permukaan untuk mengambil udara.

Organ labyrinth membantu ikan pelaga menyerap oksigen dari udara terus ke dalam salur darah. Ini membolehkan ikan pelaga tahan jika ia dikeluarkan dari air untuk beberapa ketika. Ikan yang tidak dapat berenang ke permukaan akan mati lemas. Organ labyrinth hanya berfungsi apabila ikan besar. Benih ikan (fry) bernafas sepenuhnya menggunakan insang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...